KENALI KAMI

ND Brilliant Home Tuition merupakan produk utama kepada ND Brilliant Training & Consultancy PLT yang bertapak di Kuala Lumpur dan Selangor sejak 2016. Dahulunya ND Brilliant Home Tuition ditubuhkan di bawah ND Brilliant Resources yang diasaskan oleh Puan Norazlin Dzulkifly sejak tahun 2008. Syarikat telah dinaiktaraf sebagai ND Brilliant Training & Consultancy PLT oleh Puan Norazlin Dzulkifly dan En. Ariff Affendy Md Rodzi serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran LLP0007031-LGN pada Februari 2016.

Fungsi utama ND Brilliant Home Tuition ialah menjalankan perkhidmatan mengajar tuisyen di rumah (home tuition) secara berfokus (one to one) bersama pelajar dengan menyediakan tutor yang komited dan berpengalaman dari pelbagai subjek untuk Sekolah Rendah (Darjah 1-6) dan Sekolah Menengah (Tingkatan 1-5).

Disamping itu juga ND Brilliant Home Tuition turut menyediakan peluang pekerjaan separuh masa/sepenuh masa kepada sesiapa yang berminat dalam bidang pendidikan terutamanya dalam aspek ‘tutoring’. 

01.

Visi

Menjadi peneraju utama  yang memberi perkhidmatan home tuition yang berkualiti No 1 di Malaysia  selaras dengan  perkembangan sistem pendidikan negara yang terkini dengan menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti serta pengurusan yang bersistematik dan efisyen menjelang tahun 2020

02.

Misi

1. Meluaskan perkhidmatan home tuition di seluruh Semenanjung Malaysia yang merangkumi 4 zon kawasan iaitu Zon Utara (P.Pinang, Kedah, Perak), Zon Selatan (Johor, Melaka, N.Sembilan), Zon Tengah (K.Lumpur, Putrajaya, Selangor)  dan Zon Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan) menjelang tahun 2019.

2. Menyedia dan merangka modul pembelajaran yang terkini bagi membantu menambah nilai tenaga pengajar dengan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti selari dengan sistem pendidikan kita di abad ke 21.

3. Mengembangkan potensi dan kepakaran tenaga pengajar  dengan menyediakan latihan kepakaran dan bimbingan secara berkala bagi meningkatkan nilai tambah dan menaiktaraf perkhidmatan yang ditawarkan supaya berdaya saing menjelang tahun 2020.

4. Menyediakan sumber dan kepakaran yang intensif bagi mengukuhkan tim pengurusan   dalam membantu kelancaran sistem syarikat agar lebih bersistematik  dan agresif menjelang tahun 2020.

03.

Objektif

1. Merangka dan menyelaraskan pengurusan syarikat secara berpusat supaya lebih efektif dan bersistematik  melalui pengurusan di bahagian kewangan, pemasaran, sumber manusia,jualan dan operasi yang mantap.

2. Memantapkan dan sentiasa mengemaskini ‘Standard Operating Prosedur‘(SOP) di setiap bahagian pengurusan syarikat agar lebih efisyen dan efektif.

3. Membina jaringan yang baik bersama tenaga pengajar, pelajar dan ibubapa dan turut berkolaborasi dengan beberapa tenaga kepakaran dari bidang pendidikan demi menaiktaraf perkhidmatan yang ditawarkan. 

4. Memantau pencapaian akademik para pelajar dengan menyediakan laporan pengajaran dan pengajaran (P&P)  sebagai rujukan pihak pengurusan dan ibu bapa agar dapat  membuat penilaian, jangkaan serta mengkaji keperluan terkini para pelajar.

04.

Motto

“HELPING YOU REACH THE FUTURE”
“MEMBANTU ANDA MENCAPAI MASA DEPAN”

KHIDMAT KAMI

HOME
TUITION

Pembelajaran di rumah dgn tutor datang ke rumah pelajar.
Sesi ‘One to One’ atau maksima 5 pelajar satu sesi.
Semua subjek akademik Darjah 1-6 (UPSR)/Tingkatan 1-5  (PT3 & SPM).
Termasuk STPM/IGSCE/O-LEVEL/Pre U/A-level/IB.

Home Quran

HOME
QURAN

Mengaji Al-Quran / PengajianFardhu Ain.
Pembelajaran di rumah dgn tutor datang ke rumah pelajar.
Sesi ‘One to One’ atau maksima 5 pelajar satu sesi.
Semua tahap kanak-kanak, remaja & dewasa bagi “Home Quran".

SMALL
GROUP

Pembelajaran di rumah dengan tutor datang ke rumah pelajar atau lokasi sesuai yang dicadangkan oleh pelajar. Cth : Perpustakaan.
Sesi ‘One to One’ atau maksima 5 pelajar satu sesi.
Semua subjek akademik tahap UPSR, PT3 & SPM.

KELAS INTENSIF CUTI SEKOLAH

Pembelajaran di rumah dengan tutor datang ke rumah pelajar atau lokasi sesuai yang dicadangkan oleh pelajar. Cth : Perpustakaan.
Sesi ‘One to One’ atau maksima 3 pelajar satu sesi.
Pelajar-pelajar asrama dialukan (Integrasi,SBP & MRSM).
Semua subjek akademik tahap UPSR, PT3 & SPM .

TIM ND BRILLIANT