Kosa Kata Bahasa Melayu

Kosa Kata Bahasa Melayu

A
abstrak – tidak dapat dirasa atau dilihat dengan pancaindera
afalnya – sifatnya, perbuatannya, kelakuannya
ala – secara, menurut gaya
alah – kalah
alternatif – pilihan
aspek – segi, sudut, bahagian
astetikanya – keindahan atau penghargaan terhadap keindahan (seni)
audiens – para penonton, khlayak
autentik – asli dan benar, dapat dipercayai
automatik – bergerak dengan sendirinya (mesin atau alatan)
B
badut – pelawak (drama atau wayang) yang berpakaian melucukan
bahari – dahulu kala
baiduri – batu permata yang berwarna atau bercahaya
balai penghadapan – balai (sementara) tempat menghadap raja
bang – azan
bejat – rosak
belasungkawa – pernyataan berdukacita, (ucapan) takziah
belot – berlaku tidak setia (jujur), berpaling hati
beradu – tidur (raja)
berbasa-basi – bermanis mulut, bersopan santun
berbaur – bercampur, beraduk
berbeka – bercakap-cakap, bermesyuarat
bercempera – berpecah-belah
berderai – berlanjutan atau berpanjangan
berfoya-foya – bersuka-suka, berpesta dengan menghabiskan masa dan wang
bergelandangan – berkeliaran
bergiring-giring – mempunyai loceng kecil untuk perhiasan
bergulat – berjuang
berkonflik – berselisih, bertentangan
bermukah – berzina
berpontoh – bergelang besar yang dipakai pada lengan sebelah atas
bersemayam – duduk (di atas takhta, singgahsama)
berserama – bermain gendang serama
bertaut – bercantum, menjadi rapat
bertele-tele – bercakap tanpa hujung pangkal (meleret-leret), omongan kosong

bertendensi – cenderung
betara – gelaran untuk raja
bidadari – perempuan cantik rupawan
bombastik – luar biasa (tanpa membawa pengertian yang bernas dan jelas)
bungkam – tidak bersuara
busar – busur (daripada kayu atau buluh) yang dilengkungkan untuk membuat panah
C
cakerawala – bintang-bintang di langit (bulan, matahari dan lain-lain)
candanya – petinya, kotak tempat menyimpan wang
candawara – rancangan berbentuk permainan
cengkok – bengkok
ceritera – cerita
citranya – gambarannya
D
daif – hina, lemah
daulat – kuasa (raja, kerajaan)
dayang – gadis pelayan di istana
definisi – takrifan, pengertian
dek – geladak (kapal, bot)
diagnosis – mengenal pasti
dian – pelita yang dibuat daripada lilin
dibumbui – ditambah, sesuatu unsur yang menyedapkan cereka atau karya
dikenderai – ditunggangi
dikertangkannnya – ditangkiskannya
diksi – pemilihan atau penggunaan kata yang tepat dan berkesan
diksi – pemilihan kata
diktator – pemerintahan secara zalim
dinamis – berdaya saing
dirundung – ditimpa
E
ego – mementingkan diri sendiri, bermegah-megah
eksais – cukai
ekstentif – luas liputannya
elemen – bahagian, perkara, anasir
emansipasi – hak kebebasan
endah – peduli, acuh

F
fajar sidik – menjelang pagi, dinihari
fana – tidak kekal
fiil – kelakuan, perangai
firasat – perasaan hati akan terjadi sesuatu sesudah melihat gejala tertentu
G
gajah meta – gajah mengamuk atau gila
gamit – lambai
gejala – penyakit, petanda
gelagak – naik marah, bergelora, membual
gemala – batu yang bercahaya dan mempunyai hikmat
gemerencang – bunyi seperti pedang berlaga
genderang – gendang besar, tambur
genre – kategori, bentuk, jenis (karya sastera)
geruh – malang, sial, nasih buruk, celaka
geta gading – katil raja, takhta
goyah – tidak tetap atau teguh, goyang
gundah – dukacita, sedih hati, sayu
gundik – isteri tidak rasmi
H
halilintar – petir, kilat
hedonisme – berfoya-foya
hukum sula – hukuman bunuh dengan menikam dari dubur hingga ke perut dengan sula
hulubalang – askar pengawal
I
ingar – bising
inkues – siasatan
inovatif – sesuatu yang baru
iras-iras – hampir serupa
J
jambiah – golok, kerambit
jauhari – saudagar (tukang) emas
jong – kapal layar China
jongkong – sejenis perahu yang dilubangi atau dibentuk
Jumantara – langit / udara / cakerawala
jungornya – muncungan
jurangan – mahkoda, ketua kapal atau perahu
K
kadam – kuli

kamat – seruan (selepas azan) untuk memulakan sembahyang
kamil – sempurna, lengkap
kandil – lampu, pelita
kaunselor psikologi – orang yang mengkaji tentang proses mental dan pemikiran seseorang
kebatilan – perihal tidak benar
kejamas – pencuci mulut, langir
kekang – besi bergerigi yang dikenakan pada mulut kuda
kekhilafan – kesilapan / kekeliruan
kelambir kotai – kelapa yang telah dikeringkan
kelulus – sejenis perahu
kemilau – bercahaya atau cahaya yang bersinar
keracuan – kekacauan / gangguan
kerengkiang – tempat menyimpan padi
kesumat – kebencian, permusuhan
keti – seratus ribu
khayali – khayalan sahaja, diangan-angankan
kolaboratif – kerjasama erat
kolektif – bersama-sama sebagai satu kumpulan
konotasi – idea yang dimaksudkan oleh sesuatu ungkapan atau perkataan
konotasi – idea yang dimaksudkan
konsentrasi – tumpuan perhatian atau fikiran
kutaha – agaknya, rasanya
L
lali – tidak berasa apa-apa, tidak sedar
lara – sedih, pilu
lasykar – askar, serdadu
lawa – cantik
lepau – kedai kecil
lintabung – sejenis tumbuhan
M
majnun – tidak siuman, gila
majun – ubat herba tradisional yang berbentuk bulat-bulat
makam – kubur (untuk keluarga diraja atau pahlawan)
mamanda – sebutan oleh raja kepada pembesar-pembesar negeri
manifesto – pendirian
marhaen – rakyat jelata (petani, nelayan dan lain-lain)
maslahat – faedah
meladeni – melayani, mempedulikan

membumbuni – menambah-nambah
memodifikasi – mengubah suai
memomokkan – menakut-nakutkan
menabrak – melanggar
mencabik-cabikkan – mengoyak-ngoyakkan
mencanai – menyesuaikan
mendandan – menghiasi
mendegus – melahirkan perasaan marah, menghembuskan nafas dengan kuat
mengimbau – memanggil, menyeru, menjemput
mengirai – mengepak-ngepak, mengibas-ngibas dengan kuat
mihrab – duri yang bengkok (seperti kait)
miring – senget, rendah sebelah
N
nafsi – mementingkan diri sendiri
naluri – desakan hati
nasionalisme – perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam
nostalgia – berasa rindu pada sesuatu yang pernah dialami, kenang-kenangan
nuances – (nuansa) penggiat, penterjemah
nyah – pergi, berambus
nyiru – alat (dianyam daripada rotan, buluh dan lain-lain) untuk menampi beras
O
ocehan – celothan, obrolan
onak – duri yang bengkok (seperti kait)
optimis – menaruh harapan baik, yakin
optimistik – penuh harapan baik dalam menghadapi sesuatu
ozon – lapisan atmosfera yang tinggi kandungan (gas oksigen dengan tiga atom oksigen dalam satu molekul) dan bertindak sebagai perisai terhadap sinar ultra ungu
P
patriotisme – perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air
pekung – mendedahkah keburukan diri, sengaja mencari malu atau susah
pelang – sejenis perahu dagang
penawar – ubat untuk menawar racun dan lain-lain
pendahan – lembing pendek
penganan – berbagai-bagai jenis kuih dan makanan
peran – pemain sandiwara, badut

persona – orang
perwira – berani, gagah, pahlawan
peterana – tempat duduk orang yang dihormati seperti raja, mempelai dan sebagainya
piawai – tahap, asas
pinang kotai – buah pinang tua yang dikeringkan
prejudis – prasangka

Q
qada hajat – buang air besar
R
rebeh – terkulai, rebek
rembang petang – beransur-ansur atau sudah mulai petang
rencong – badik
reputasi – nama baik
resam – adat kebiasaan, aturan yang menjadi adat, pembawaan (tabiat, sifat)
rias – hati (empulur) batang pisang
risi – tersinggung, kurang senang
riwayat – cerita (berita, kisah) yang turun-temurun
S
sahaya – abdi, hamba
santap – makan, minum (raja)
sarwajagat – bersifat sejagat, universal
sasau – setengah gila, tidak siuman
sastera epik – karya sastera yang menceritakan bakti seseorang pahlawan (dalam sejarah atau legenda)
saujana – luas, jarak yang jauh
sayugia – harus / patut
sekah – serkah, patah dan jatuh
si polan – sebutan kepada orang yang tidak diketahui namanya
sida-sida – pegawai dalam istana (semacam pendeta)
sinergi – tindakan bersama
singgahsana – kerusi kerajaan (tempat raja bersemayam, takhta)
sipahi – askar india
sojar – askar, serdadu
sompek – sumbing besar, sobek di tepinya
srikandi – pahlawan wanita, wanita yang gagah berani
stamina – daya tahan
stigma – kecelaan / keaiban

stimulus – rangsangan / dorongan
strata – peringkat taraf
sugul – dukacita, susah hati, masyghul
T
tandilnya – pembantu serangan
tema – subjek yang menjadi dasar sesuatu cerita, pembicaraan dan sebagainya
temenggung – pembesar kerajaan Melayu di bawah bendahara (yang menjaga keamanan dalam negeri)
terkedu – terkedik, terlentik ke belakang, terkaku
terkesima – tercengang, termangu-mangu
terlongo – tercengang
terongong – terdengung
Tidak genah – tidak layak / tidak patut
Total – menyeluruh
tulah – kualat, kutuk, kemalangan yang menimpa akibat melanggar larangan
U
ufuk – kaki langit
ukhuwah – persaudaraan
undan – sejenis burung
V
via – melalui
virus – kuman yang lebih kecil daripada bakteria
W
wahana – saluran atau perantaraan yang memungkingkan sesuatu dilakukan
wara-wara – permainan
warawiri – tidak tetap pendirian
wawasan – pandangan jauh (terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *